Friday, 5 February 2016

Ujana Ilmu

 Sekolah 1 blok. #SMI Aman.

Alhamdulillah...
Bersyukur hanya pada DIA dengan nikmat kehidupan di bumi sementara. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat-Nya...

Ujana Ilmu SMI Aman

Alhamdulillah...
Akhirnya blog ini berjaya diwujudkan untuk perkongsian bersama. Blog ini merupakan cerita Pusat Sumber Sekolah Menengah Islam Aman. Nama glamour PSS ini ialah UJANA ILMU. Kenapa #UjanaIlmu? Ramai pelajar Bonda tertanya.

" Apa maksud ujana?"

" Ujana maksudnya taman..."

 Ujana Ilmu ini merupakan satu wadah untuk para pelajar menambahkan ilmu dan mencari ilmu. Apa yang penting! Ujana Ilmu ini merupakan tempat untuk para pelajar selalu berkunjung dan meminjam buku, bukannya tempat untuk melepak sesuka hati!

 Admin Blog Ujana Ilmu

  Inshaa Allah... Admin blog ini terdiri daripada tiga orang, iaitu dua orang pelajar (Husna dan Syakirah, 4M) dan seorang guru (Bonda NNR). Panggilan 'ana' akan digunakan untuk panggilan diri #admin untuk blog ini. Panggilan Bonda untuk NNR. Jangan tanya lagi kenapa #Bonda. :)

Harapan Bonda NNR...

Untuk tahun kedua menjadi guru PSS, mengharapkan Ujana Ilmu ini lebih ohsemmm!!!

*Mengharapkan anakanda Bonda lebih suka membaca buku!
* Mengharapkan anakanda Bonda lebih aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan!
* Mengharapkan anakanda sentiasa mewarnai ujana ini walaupun PSS SMIA tidaklah seindah impian anakanda... #SyukurdenganNikmat yang ada... ;)


Barisan Pengawas Pusat Sumber 2016... Semoga bertanggungjawab dalam setiap #Amanah!

Sekian sahaja...

~Tinta Bonda NNR~

2 comments: